Sunday, 3 February 2013

Jauhilah ujub




Penyakit UJUB boleh merosakkan amal soleh. Menghancurkan semua ganjaran pahala, malah memadamkan cahaya mata hati. Kerana bangga dengan kelebihan diri tiada siapa boleh menandingi dirinya, contohnya dengan mengatakan "Akulah yang paling soleh, tidak ada orang lain yang melebihi kesolehanku".


Sayyiditina A'isyah r.a ketika ditanya oleh seorang; "Bilakah saya mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?" Jawabnya; Bila kamu merasa belum baik.Lalu ditanya lagi; Bilakah saya mengetahui bahawa aku jahat (busuk/keliru). Jawabnya; Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik"

Umar bin Abdul Aziz jika khutbah lalu kuatir Ujub, ia hentikan khutbahnya dan bila menulis lalu takut Ujub, ia koyak-koyakkan tulisannya sambil membaca; "Allahumma inni a'udzu bika min syarri nafsi" (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku).Ujub itu menyebabkan terhalangnya taufiq dan hidayah daripada Allah Taala.kita harus berhati-hati menjaga hati dan diri daripada terlibat dengan penyakit yang rosak lagi merosakkan ini. 



Thank you for Reading ^^

No comments:

Post a Comment